Saturday 11 June 2011

Jurnal

Jurnal ini mula diterbitkan pada bulan April 1977 dengan nama Teknologi. Penerbitannya mula dikendalikan secara serius dan berkala oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 1992 dengan nama Jurnal Teknologi.
Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengetengahkan hasil tulisan staf akademik UTM dalam pelbagai bidang. Jurnal ini juga menjadi salah satu saluran untuk staf akademik menyebarluaskan hasil penyelidikan mereka kepada khalayak pembaca.
Mulai keluaran 30 (Jun 1999), penerbitan Jurnal Teknologi dirombak dan dipecahkan mengikut bidang dalam enam siri yang terbit dua kali setahun (Jun & Disember). Keenam-enam siri ini dikelompokkan mengikut sub-bidang yang khusus.
Pada tahun 2010, enam siri Jurnal Teknologi telah digabungkan menjadi dua siri, iaitu Jurnal Teknologi (Kejuruteraan) dan Jurnal Teknologi (Sains Sosial). Penerbitan secara online dengan kadar kekerapan tiga kali setahun (Januari, Mei dan September).

No comments:

Post a Comment