Saturday 9 July 2011

PERBINCANGAN

Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Menurut responden B contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan harian boleh
ditunjukan dengan menggunakan komputer dan LCD. Jadi, pelajar boleh mengaitkan perkara yang
dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan menggunakan ICT, contoh-contoh penggunaan Matematik
dalam kehidupan seharian dapat ditunjukkan dengan lebih menarik. Dengan ini, pelajar dapat
mengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih
bermakna.
Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang bermakna. Melalui
pembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran dan akan merasakan
keseronokan mempelajari Matematik.
Untuk memberi respon terhadap petikan di atas Douglas mengatakan komputer adalah peralatan yang
ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang
berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis pembelajaran Matematik yang bermakna.
Menurut Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe penggunaan teknologi dalam kelas Matematik
membantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar. Berikut adalah petikan yang ditulis : (Robin J.
Ittigson, Edd dan John G. Zewe, 2004)
‘Geometry software allows student to experiment with properties of
shaped and draw conclusions about relationships when measurements
are adjusted. Computational capacity extends the range of problems
presented to students and provides choices to teachers when
presenting abstract mathematical concepts.’
Petikan diatas tidak dapat dinafikan kerana menurut kajian yang dijalankan tiga daripada lima responden
iaitu responden A,B dan D menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sesetengah
tajuk terutamanya tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar.
Manakala bagi responden D penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sangat
membantu terutamanya dalam tajuk transformation. Ini kerana penggunaan ICT akan memudahkan untuk
menunjukkan proses pergerakan sesuatu objek. Ini akan memudahkan pemahaman pelajar.
Penggunaan ICT mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ini
kerana menurut responden A dan C, penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu menarik
perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Dengan menggunakan ICT pelajar-pelajar
sangat-sangat memberi perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan. Ini di sokong oleh
Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe, 2004 dalam petikannya:
‘Technology empowers learners with tools to enhance their learning
styles and make concepts understandable and interesting.’
Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Melalui temuramah yang dijalankan, responden C menyatakan bahawa kelemahan dalam menggunakan
ICT adalah penggunaan CD yang disediakan adalah objektif yang ingin dicapai dan objektif yang terdapat
dalam CD yang disediakan tidak selari. Untuk sesetengah tajuk, CD yang disediakan mempunyai banyak
objektif yang ingin dicapai, jadi isi kandungan CD tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan
pengajaran kerana objektif yang ingin dicapai pada sesi pengajaran tersebut kurang arasnya berbanding
dengan isi kandungan pengajaran CD tersebut.
Perisian pengajaran yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar untuk dibangunkan
(Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias, 1996). Kebanyakan perisian kursus pada
hari ini tidak mempunyai ciri kepintaran. Lazimnya perisian itu tidak mampu membezakan input pelajar
yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama. Pemelajaran melalui komputer pada hari
ini lebih tertumpu kepada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif.
Berdasarkan analisis data dalam bab 4, pengkaji mendapati bahawa walaupun kebanyakan guru pelatih
bersetuju proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan dengan menggunakan ICT,
namun menurut responden ini hanya untuk sesetengah tajuk sahaja.
Majoriti responden berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talk lebih berkesan berbanding
penggunaan ICT. Ada topik dimana penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk yang
memerlukan penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan melalui
kaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah responden menerangkan isi
pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam. Responden menerangkan mengenai isi pengajaran
dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCD
projektor. Pelajar juga lebih suka jika guru menggunakan kaedah chalk and talk.
Ini kerana perisian kursus yang bermutu tinggi amat susah untuk dihasilkan. Beratus-ratus jam tenaga
mahir diperlukan bagi tujuan ini. Tenaga pengajar yang mahir mengendalikan komputer sukar didapati.
Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus yang
bermutu tinggi sukar untuk dihasilkan. (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias,
1996).
Menurutnya lagi, ia memerlukan pengetahuan kecerdasan buatan dan merupakan bidang yang masih
baharu. Penggunaannya masih terhad kepada sesuatu bidang sahaja sehingga kini, banyak usaha sedang
dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggunakan konsep kecerdasan buatan dalam pemelajaran.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik
‘Teacher’s time is always at a premium,and the Becta study
highlighted this as being crucial to future engangement.’
Petikan ini adalah pendapat Peter D.Jones dan Steve Wheeler,2008 yang membuktikan betapa
berharganya masa bagi seorang guru. Menurutnya lagi guru memerlukan lebih masa flexible agar guru
dapat menggunakan software dalam apa jua keadaan yang berisiko serta menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan peralatan yang disediakan pada masa yang telah ditetapkan tanpa
perlu adanya penangguhan masa pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana masalah utama penggunaan ICT adalah masalah dari segi kekangan masa. Hasil daripada
kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik ini masa pengajaran yang sebenarnya akan berkurang.
Guru-guru pelatih UTM didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa
faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah
dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P.
i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke
makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa
pengajaran sebenar berkurang.
ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana
peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
Responden A dan B hanya perlu memasang peralatan-peralatan iaitu komputer dan LCD projektor
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana peralatan-peralatan ini telah disediakan
didalam kelas. Tetapi responden perlu mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit masa
pengajaran.
Responden C pula perlu membawa peralatan-peralatan yang ingin digunakan ke kelas yang berkenaan
kerana peralatan-peralatan tersebut tidak disediakan di dalam kelas tersebut. Manakala responden D dan E
pula perlu menunggu kehadiran semua pelajar untuk ke bilik komputer.
Sistem sekarang tidak memberi guru dan pelajar peluang untuk menanam minat yang lebih mendalam
mengenai subjek yang diajar kerana masalah masa (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose
Alinda alias, 1996).
Mereka juga kurang menggemari menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
tiada kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector
LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah
terlebih dahulu sebelum digunakan.
Hasil dapatan ini disokong oleh Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008 dalam petikannya iaitu :
‘Many barriers to full exploitation of educational technologies exist,
including technological constraints such as bandwidth limitation and
lack of hardware…’
Menurut laporan Becta dalam Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008, sekolah perlu mempunyai staf yang
mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran. Ini disebutkan dalam petikannya :
‘School may need to consider the appointment of learning
technologists within school-staff who have both the technical expertise
and the pedagogic awareness to develop and support staff.’
Masalah lain yang dihadapi oleh responden adalah masalah program komputer yang diserang virus dan
menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. Dapatan ini disokong oleh Cleborne D.
Maddux, D.lamont Johnson dan Jerry W. Willis,2003 dalam petikannya :
‘Suddenly the widespread of use of information technology has directly
resulted in new ethical dilemmas…,computer viruses (destructive
programs that erase or damage data on the computers of unsuspecting
computers users,..’
RUMUSAN
Melalui penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa penggunaan
ICTdi kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani
latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan yang disediakan disekolah.
Guru-guru pelatih UTM didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa
faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah
dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P.
i. Untuk memulakan pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke
makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa
pengajaran sebenar berkurang.
ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana
peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilangan
bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan.
Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Penggunaan ICT oleh guru
pelatih ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar. Melalui
penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar
dalam tajuk yang diajarkan.
Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru pelatih dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar.
RUJUKAN
Adrian Oldknow & Ron Taylor (2003), Teaching Mathematics Using Information and Communication
Technology. British Library Catalouging-in-Publication Data.
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & Bacon.
Bogdan, R. C. dan Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education : An Introduction to Theory
and Methods. 3rd ed. Boston : Ally & Bacon 157-181.
Borba M. C. and Villarreal M. E. (2005), Humans-with-Media and the Reorganization of Mathematical
Thinking Information and Communication Technologies, Modelling, Experimentation and
Visualisation. Springer Science+Business Media, Inc.
Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson and Jerry W. Willis (2001), Educational Computing Learning
With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon.
Crown P. (2006), Teaching Mathematics. Routledge taylor and francis group London & new york.
Douglas H. Clements (1989), Computers In Mathematics Education. Prientice Hall, Englewood Cliffs,
New Jersey.
John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future.
Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork.
Juriah Long (Ed) (1998). Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan Teknologi
Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mat Rofa Ismail (2004). Matematik Merentas Tamadun. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education, Revised and
Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass Publisher.

Saturday 11 June 2011

Jurnal

Jurnal ini mula diterbitkan pada bulan April 1977 dengan nama Teknologi. Penerbitannya mula dikendalikan secara serius dan berkala oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 1992 dengan nama Jurnal Teknologi.
Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengetengahkan hasil tulisan staf akademik UTM dalam pelbagai bidang. Jurnal ini juga menjadi salah satu saluran untuk staf akademik menyebarluaskan hasil penyelidikan mereka kepada khalayak pembaca.
Mulai keluaran 30 (Jun 1999), penerbitan Jurnal Teknologi dirombak dan dipecahkan mengikut bidang dalam enam siri yang terbit dua kali setahun (Jun & Disember). Keenam-enam siri ini dikelompokkan mengikut sub-bidang yang khusus.
Pada tahun 2010, enam siri Jurnal Teknologi telah digabungkan menjadi dua siri, iaitu Jurnal Teknologi (Kejuruteraan) dan Jurnal Teknologi (Sains Sosial). Penerbitan secara online dengan kadar kekerapan tiga kali setahun (Januari, Mei dan September).